KUALA LUMPUR, 5 Nov : Sempena Bulan Keluarga Kebangsaan yang lazimnya disambut pada bulan November setiap tahun, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui agensinya iaitu Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menganjurkan Program Good Enough Parenting (GEP) dengan kerjasama strategik Hope Worldwide Malaysia. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Puan Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Dewan Besar, Bangunan LPPKN, Jalan Raja Laut.
Sehubungan dengan itu, bengkel GEP diadakan bermula 5 hingga 7 November 2019 membabitkan 43 orang peserta yang terdiri daripada Jurulatih LPPKN, Pegawai Jabatan kebajikan Masyarakat dan Institut Sosial Malaysia untuk melatih peserta menyediakan panduan kepada ibu bapa bagi memenuhi keperluan emosi teras anak mereka.