Malaysia Population Research Hub

Kajian Penilaian Pengguna Portal Malaysia Population Research Hub (MPRH)

Penilaian Portal Malaysia Population Research Hub (MPRH)

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sedang menjalankan satu tinjauan penilaian Portal Malaysia Population Research Hub (MPRH) untuk menilai tahap penggunaan, manfaat yang diperolehi, mendapatkan pandangan serta cadangan penambahbaikan pengguna apabila melayari portal MPRH. Responden adalah terdiri daripada warganegara Malaysia.Tuan/Puan adalah dijemput untuk memberikan maklum balas kepada kajian ini mulai 12 September hingga 31 Oktober 2023 menerusi pautan https://forms.gle/J1i4Wtv2PTB6oQuM7 atau mengimbas kod QR.

 

Tinjauan ini hanya mengambil masa antara 5 – 8 minit untuk disempurnakan. Analisis respon yang diperolehi akan membantu dalam menambah baik portal MPRH bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna selain memahami keperluan dan pilihan pengguna. Perhatian dan kerjasama anda dalam memberi maklum balas serta menyebarluaskan pemakluman tinjauan ini amatlah dihargai. Terima kasih. 

Muat Turun Poster: Hab Penyelidikan Kependudukan