Malaysia Population Research Hub

Pertandingan Penulisan Esei Kependudukan Bersempena Sambutan Hari Penduduk Sedunia 2022

Jom Sertai Pertandingan Penulisan Esei dan Kemukakan Pandangan Anda, Pendaftaran Kini Dibuka!

Tema Penulisan:

“Demografi Berdaya Tahan: Menangani Perubahan Demografi di Malaysia”

Pertandingan esei adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Esei boleh ditulis sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris, mempunyai had 600 – 700 patah perkataan dan boleh ditulis secara individu atau berkumpulan (tidak melebihi daripada TIGA orang pengarang). Bermula 11 Julai sehingga 31 Julai 2022, anda boleh menghantar penulisan esei sehingga tarikh akhir pada tengah malam hari Ahad 31 Julai 2022. Klik pada pautan di bawah untuk mengakses borang pendaftaran dan penghantaran esei, mengikut kesesuaian versi bahasa penulisan anda.

Pendaftaran dan penghantaran boleh diakses di sini:

https://forms.gle/8EbkjAQPWo83o5qMA (Bahasa Malaysia); atau

https://forms.gle/W59EWNXWztQ8LuTx7 (Bahasa Inggeris)

Kami benar-benar berminat untuk mendengar keaslian idea dan pandangan anda. Harap maklum bahawa esei akan dinilai oleh panel pakar kami dan penyerahan esei akan dinilai berdasarkan kesesuaian dengan tema, kualiti analisis ilmiah, keaslian, gaya penulisan dan tatabahasa, mudah difahami khalayak umum dan ketepatan fakta.

Sepuluh (10) esei yang terbaik akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM500.00 dan esei seterusnya akan diterbitkan dalam talian di laman hub penyelidikan LPPKN www.mprh.lppkn.gov.my dan Population Studies Unit (PSU), Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya (UM), serta di mana-mana media massa yang dianggap bersesuaian. Kesemua peserta juga akan diberikan sijil penyertaan dalam bentuk digital.

Kami juga mengesyorkan agar anda untuk membaca “Butiran Penyertaan” sebelum mula menulis esei anda. Pemenang pertandingan akan diumumkan pada 31 Ogos 2022. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai pertandingan ini, sila hantarkan emel kepada kependudukan@lppkn.gov.my