Malaysia Population Research Hub

Forum Hari Penduduk Sedunia 2023

Menyedari akan kepentingan bidang kependudukan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui agensinya Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan meraikan sambutan Hari Penduduk Sedunia pada bulan Julai pada setiap tahun, selaras dengan saranan daripada United Nations Population Fund (UNFPA). Tujuan utama sambutan ini diadakan adalah meningkatkan kesedaran kepada pembuat dasar, pakar-pakar dan agensi kerajaan mengenai pentingnya melihat penduduk bukan sekadar bilangan tetapi potensi yang boleh digarap dan diperolehi dari setiap golongan seperti wanita, penduduk muda, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan migran.

Sejak tahun 1990, sambutan Hari Penduduk Sedunia telah diadakan setiap tahun mengikut tema dan bidang penyelidikan yang ditentukan. Tema tahun ini, “Mengorak Kuasa Kesaksamaan Gender: Memperkasa Suara Wanita Dan Gadis Bagi Membuka Peluang Dunia Tanpa Batas” menyelusuri potensi transformatif kesaksamaan gender dalam membuka peluang kemajuan dan kemakmuran yang tanpa batas. Bersempena sambutan pada tahun ini, KPWKM melalui LPPKN bersama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan kerjasama UNFPA Malaysia dan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM) akan melaksanakan pelbagai aktiviti bagi memberi kesedaran mengenai isu-isu semasa kependudukan di Malaysia. Antaranya adalah forum Hari Penduduk Sedunia dengan tema “Mengorak Kuasa Kesaksamaan Gender: Memperkasa Suara Wanita Dan Gadis Bagi Membuka Peluang Dunia Tanpa Batas”. Selain membincangkan isu semasa dan cabaran kesaksamaan gender dalam negara, penganjuran forum ini juga memberi peluang kepada para penggubal dasar, pihak swasta dan penyelidik untuk mengusulkan cadangan penambahbaikan terhadap dasar sedia ada.

OBJEKTIF
Objektif penganjuran forum ini ialah:

  1. Untuk mengupas dan membincangkan isu dan cabaran kesaksamaan gender dalam negara serta hubungkait dengan pembangunan negara; dan
  2. Untuk menyediakan platform kepada para penggubal dasar, pihak swasta dan penyelidik untuk berkongsi pendapat serta menghasilkan usul-usul cadangan yang boleh diketengahkan.

MODERATOR:
YBhg. Prof. Dr. Siti Aishah Hassan,
Universiti Putra Malaysia (UPM)

PANEL:
YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin,
Ketua Perangkawan Malaysia

YBhg. Dato’ Sri Rohani Abdul Karim,
Pengerusi LPPKN

YM Tengku Aira Tengku Razif,
UNFPA Malaysia

YBrs. Puan Norlela Baharudin,
CO Lead Board Mentoring Scheme 30% Club Malaysia dan Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation Bhd

Berminat untuk sertai forum ini? Sila klik pada pautan berikut: https://forms.gle/dFyyL4EAnNJniy8v7

Sebarang pertanyaan dan urusan lanjut boleh hubungi:

Sekretariat Forum Hari Penduduk Sedunia
Pn. Azlinda binti Abdul Aziz (azlinda@lppkn.gov.my)
Pn. Raudahatul Mahfuzah Shafiai (raudahatul@lppkn.gov.my)