On this page

PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN LPPKN 2025

GERAN PENYELIDIKAN LPPKN 2025

WhatsApp Image 2025 01 24 At 9.03.51 AM

SYARAT PERMOHONAN:

Permohonan Geran Penyelidikan LPPKN ini terbuka kepada penyelidik daripada institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

SKOP PENYELIDIKAN:

1.  Kajian Kebolehlaksanaan Penubuhan Daftar Keluarga Kebangsaan (Family Registry) di Malaysia;

2.  Menilai dan Merangka Semula Kajian Indeks Kesejahteraan Keluarga (IKK);

3.  Faktor dan Impak Pembubaran Perkahwinan Terhadap Institusi Kekeluargaan;

4.  Analisis Semen dalam Kalangan Klien LPPKN;

5.  Data Mamogram LPPKN: Cabaran dan Keberkesanan dalam Pengesanan Awal Kanser;

6.  Kajian Kebolehlaksanaan Perkhidmatan Klinik Nur Sejahtera melalui Pemetaan Pelanggan dan Model Perniagaan Inovatif;

7.  Penilaian Pelaksanaan Dasar PEKERTI;

8.  Kajian Emosi Klien di Pusat Subfertiliti LPPKN;

9.  Demensia: Sokongan Sosial Terhadap Kualiti Hidup Warga Emas;

10. Pengaruh Dinamika Keluarga Terhadap Tingkah Laku Membuli dalam Kalangan Remaja;

11. Perkahwinan Tanpa Anak (Childfree): Trend Terbaharu Masyarakat?

12. Penambahbaikan Prosiding Tribunal Perkahwinan dan Kaunseling Keluarga untuk Menghasilkan Model dan Garis Panduan Badan Pendamai LPPKN;

13. Pembangunan Model Kaunseling Pra dan Pasca Perceraian dan Menghasilkan Modul Kaunseling Perceraian Yang Komprehensif;

14. “Healthy Divorce” dan “Nasty Divorce” dan Hubungannya Terhadap Kefungsian Keibubapaan; dan

15. Gangguan Orang Ketiga dalam Perkahwinan dan Menghasilkan Model dan Modul dengan Menggunakan Aplikasi Teori dan Teknik Kaunseling Keluarga Yang Berkesan.

 

TEMPOH PENYELIDIKAN: 

Tempoh penyelidikan adalah selama lapan (8) bulan sahaja bermula April sehingga November 2025.

SILING PERUNTUKAN: 

Had siling peruntukan permohonan ini adalah tidak melebihi RM75,000.00 (sila rujuk Garis Panduan Geran Penyelidikan LPPKN 2025)

MUAT TURUN DOKUMEN:


GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LPPKN 2025


BORANG PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN LPPKN 2025

JADUAL PENAWARAN GERAN PENYELIDIKAN LPPKN:

PERKARA TARIKH TINDAKAN

Hebahan permohonan Geran Penyelidikan LPPKN

27 Januari 2025 LPPKN

Penghantaran permohonan dan muat naik dokumen permohonan yang lengkap pada pautan Google Form https://forms.gle/u8fuGZZswACne1Tb6 atau imbas kod QR

FORM GERAN 3 300x300

Selewat-lewatnya 28 Februari 2025 jam 11.59 malam Pemohon

Pemakluman keputusan permohonan Geran Penyelidikan LPPKN

7 April 2025 LPPKN

Tempoh penyelidikan

April – November 2025 Penerima Geran

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui emel: admingp@lppkn.gov.my atau hubungi pegawai LPPKN seperti berikut:

  1. Encik Ahmad Hashimi bin Mohammad [03-2613 7555 samb: 1606]
  2. Encik Ahmad Rasyidee bin Abdul Razak [03-2613 7555 samb: 1604]
  3. Puan Aini Fazana binti Zainal Abidin [03-2613 7555 samb: 1610]
  4. Puan Raudhatul Mahfuzai binti Shafiai [03-2613 7555 samb: 1612]

Related Posts

Downloads

Newsletter Subscribe

Subscription Form

Portal Satisfaction Survey

Portal Satisfaction Survey