Sambutan Hari Penduduk Sedunia 2026 oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan memberi tumpuan kepada agenda memperkukuh suara, aspirasi dan masa depan golongan muda dalam pembangunan kependudukan negara. BertemakanΒ βMerealisasikan Harapan dan Aspirasi Golongan Muda: Hari Ini dan Masa Hadapanβ, sambutan ini menekankan bahawa generasi muda bukan sekadar pewaris masa depan, tetapi merupakan kumpulan penting yang sedang membentuk hala tuju keluarga, masyarakat dan negara pada hari ini.
Selaras dengan tema tersebut, LPPKN akan menganjurkanΒ Seminar Hasil Geran Penyelidikan LPPKN (GP LPPKN) 2025Β bersempena Sambutan Hari Penduduk Sedunia 2026 padaΒ 14 hingga 15 Julai 2026Β diΒ Auditorium Asian International Arbitration Centre (AIAC), Kuala Lumpur. Seminar ini dilaksanakan dengan kerjasama strategikΒ United Nations Population Fund (UNFPA) MalaysiaΒ danΒ Universiti Malaya (UM), sebagai platform untuk mengangkat dapatan penyelidikan tempatan yang relevan dengan isu kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan reproduktif.
Majlis perasmian seminar danΒ pelancaran Buku Kompilasi Hasil Geran Penyelidikan LPPKN 2025Β akan disempurnakan olehΒ YB Datoβ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Program ini turut dimulakan dengan ucaptama olehΒ Dr. Julitta Onabanjo, Perwakilan UNFPA Malaysia, manakala majlis penutup akan disempurnakan olehΒ YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Pengisian utama seminar ini ialah pembentangan hasil penyelidikan olehΒ 20 penerima GP LPPKN 2025Β daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Melalui pembentangan ini, pelbagai dapatan kajian akan diketengahkan sebagai asas kepada perbincangan dasar, penambahbaikan program dan pembangunan intervensi yang lebih berpaksikan bukti. Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen LPPKN untuk memastikan penyelidikan yang dilaksanakan tidak hanya bersifat akademik, tetapi dapat diterjemahkan kepada tindakan yang lebih praktikal dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Bersempena sambutan ini, LPPKN turut menganjurkanΒ Forum KependudukanΒ bertajukΒ βMembina Keluarga Masa Hadapan: Realiti, Harapan dan Perspektif Rentas Generasiβ. Forum ini akan dimoderatorkan olehΒ Pn. Tehmina Kaoosji, Pengarah Komunikasi, The Big Picture (TBP) Communication, dengan barisan panel terdiri daripadaΒ YBhg. Datoβ Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN;Β YB Tuan Howard Lee Chuan How, Setiausaha Agung All-Party Parliamentary Group Malaysia on Sustainable Development Goals (APPGM-SDG) merangkap Ahli Parlimen Ipoh Timur;Β Encik Azman βAzhim Roslan, Penasihat Malaysian Youth Diplomacy (MyDiplomacy); danΒ Dr. Syarifah Fatimah Al-Zahrah Al-Attas, Pensyarah Kanan, Universiti Islam Malaysia (UIM).
Forum ini dijangka menjadi ruang dialog yang lebih segar dan dekat dengan realiti semasa, khususnya dalam memahami bagaimana golongan muda melihat perkahwinan, pembentukan keluarga, keseimbangan kerjaya dan kehidupan, kestabilan ekonomi, serta sokongan sosial yang diperlukan untuk membina keluarga masa hadapan. Dengan gabungan perspektif dasar, kepimpinan belia, komunikasi strategik dan akademia, forum ini diharap dapat memperkaya kefahaman mengenai aspirasi generasi muda dalam konteks pembangunan keluarga Malaysia.
Selain itu, penganjuran seminar ini turut diperkukuh melalui elemenΒ Showcase Research-to-Development (R2D)Β yang melibatkan kerjasama UNFPA Malaysia dan Pusat Jalinan Komuniti, Universiti Malaya. Pendekatan R2D ini penting bagi memastikan dapatan penyelidikan yang berpotensi tinggi dapat diterjemahkan kepada cadangan intervensi, advokasi dan program yang lebih bersasar. Dengan cara ini, hasil kajian dapat dimanfaatkan secara lebih menyeluruh oleh pembuat dasar, pelaksana program dan rakan strategik.
Jangkaan hasil daripada penganjuran sambutan iniΒ adalah untuk memperkukuh budaya pembuatan dasar berasaskan bukti dalam bidang kependudukan dan kekeluargaan. Seminar ini dijangka dapat menghasilkan input strategik daripada dapatan GP LPPKN 2025, memperluas jaringan kerjasama antara penyelidik, pembuat dasar, badan antarabangsa dan pelaksana program, serta membuka ruang kepada penterjemahan hasil penyelidikan kepada cadangan tindakan yang lebih praktikal dan berimpak.
berorientasikan impak kepada masyarakat.



Users Today : 10
Views Today : 385
Total views : 8575