On this page

Seminar Hasil Geran Penyelidikan LPPKN 2025

Bersempena Sambutan Hari Penduduk Sedunia 2026, LPPKN akan menganjurkan Seminar Hasil Geran Penyelidikan LPPKN (GP LPPKN) 2025 pada 14 hingga 15 Julai 2026 bertempat di Auditorium Asian International Arbitration Centre (AIAC), Bangunan Sulaiman, Kuala Lumpur. Seminar ini merupakan platform khusus yang menghimpunkan 20 penyelidik penerima GP LPPKN 2025 daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk membentangkan hasil akhir penyelidikan masing-masing. Penganjuran seminar ini adalah kesinambungan kepada pelaksanaan GP LPPKN 2025 yang memberi tumpuan kepada bidang kependudukan, kekeluargaan, kesihatan reproduktif serta dasar dan program berkaitan pembangunan keluarga. Melalui seminar ini, hasil penyelidikan yang telah dibiayai
oleh LPPKN dapat diketengahkan secara lebih tersusun kepada pembuat dasar, pelaksana program, ahli akademik, penyelidik dan pemegang taruh berkaitan.

Seminar ini turut menjadi ruang penting untuk menghubungkan dapatan penyelidikan dengan keperluan dasar dan pelaksanaan program. Setiap penyelidik berpeluang berkongsi dapatan utama,
implikasi dasar, cadangan intervensi serta potensi penambahbaikan program yang boleh dimanfaatkan dalam memperkukuh agenda kependudukan dan kesejahteraan keluarga di Malaysia.

Senarai Penerima Geran Penyelidikan LPPKN 2025

  1. Dr. Wanda Kiyah George Albert
    Universiti Malaysia Sabah
    Parenting FOMO or Freedom Glow?: Meneroka Imbangan Emosi dan Psikologi dalam Memilih Perkahwinan Tanpa Anak
  2. Dr. Asmaul Husna Haris Fadzilah
    Universiti Malaysia Sarawak
    From Nasty Divorce to Healthy Divorce: The Relationship of Parenting Functional in Post-Divorce Child Well-Being in Sarawak
  3. Dr. Shahrin Hazlin Huspi
    Universiti Teknologi Malaysia
    Establishment of a National Family Registry in Malaysia: Enhancing Governance Through Integrated Family Data Management
  4. Prof. Madya Dr. Mohd Radziwan A. Rashid
    Universiti Sains Islam Malaysia
    Kesejahteraan Emosi Pasangan yang Mendapatkan Rawatan di Pusat Subfertiliti LPPKN: Cabaran dan Strategi Pengurusan dan Pembangunan Modul Intervensi
  5. Prof. Madya Dr. Nor Azizan Zainal Abidin
    Universiti Utara Malaysia
    Aplikasi Model Logik dalam Penilaian Dasar PEKERTI: Adaptasi Pendekatan Pemasyarakatan Naratif
  6. Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim
    Universiti Putra Malaysia
    Kebolehlaksanaan Sistem Pendaftaran Isi Rumah untuk Kajian Panel Keluarga Malaysia
  7. Prof. Madya Dr. Che Hasniza Che Noh
    Universiti Malaysia Terengganu
    Faktor Penyumbang Perceraian dan Impak kepada Faktor Sosioemosi Pasangan dan Anak
  8. Prof. Madya Dr. Sarva Mangala Praveena
    Universiti Putra Malaysia
    Microplastic in Human Semen: A Baseline Study on Characterization, Sources and Reproductive Health Implications Among Men from Klang Valley
  9. Prof. Madya Dr. Mohd Izwan Mahmud
    Universiti Kebangsaan Malaysia
    Sikap terhadap Kaunseling Keluarga sebagai Mediator antara Gaya Keibubapaan, Sokongan Emosi dan Keterlibatan dengan Hubungan Ibu Bapa-Anak bagi Menangani Tingkah Laku Buli dalam Kalangan Remaja
  10. Dr. Teoh Gak Kin
    Universiti Malaya
    Improving the Marriage Tribunal Process for the Urban Non-Bumiputra Using Qualitative Research
  11. Prof. Madya Dr. Nor Balkish Zakaria
    Universiti Teknologi MARA
    Menilai dan Merangka Semula Kajian Indeks Kesejahteraan Keluarga (IKK)
  12. Dr. Noor Mastura Mohd Mujar
    Universiti Sains Malaysia
    Development of a Patient-Centred Care Framework Model to Overcome Challenges and Improve the Effectiveness of Early Detection of Breast Cancer
  13. Dr. Nor Ermawati Hussaini
    Universiti Utara Malaysia
    Persediaan Malaysia sebagai Negara Tua 2030: Gaya Hidup Sihat sebagai Strategi Mengurangkan Risiko Dementia
  14. Prof. Dr. Mansor Abu Talib
    International Islamic University Malaysia
    Integrative Marital Tribunal Mediation Framework and Practices
  15. Ts. Dr. Muhamad Zahid Muhamad
    Universiti Teknologi MARA
    Penambahbaikan Indeks Kesejahteraan Keluarga Malaysia Berasaskan Data LPPKN dan Model MyWI
  16. Dr. Muhammad Hilmi Abdul Rahman
    Universiti Malaya
    Customer Journey Mapping: A Qualitative Inquiry of Klinik Nur Sejahtera LPPKN
  17. Dr. Aini Azeqa Matrof
    Universiti Putra Malaysia
    Pembangunan Model dan Modul Terapeutik Berasaskan Kaunseling Keluarga untuk Menangani Gangguan Orang Ketiga dalam Perkahwinan
  18. Prof. Madya Dr. Nor Shafrin Ahmad
    Universiti Sains Malaysia
    Reka Bentuk Model Kaunseling Krisis Kehilangan bagi Pra dan Pasca Perceraian
  19. Dr. Rosliza Ahmad
    Universiti Utara Malaysia
    Pembinaan Model Kaunseling Pra dan Pasca Perceraian dan Modul Kaunseling Perceraian Komprehensif
  20. Dr. Tharshini Sivaraman
    Universiti Malaysia Sarawak
    Parenting, Conflict and Cohesion: Exploring the Influence of Family Dynamics on Adolescent Bullying Behaviour
Jangkaan hasil seminar adalah untuk memperkukuh pemanfaatan dapatan penyelidikan GP LPPKN 2025 sebagai asas kepada perancangan dasar, pembangunan program dan pelaksanaan intervensi yang lebih bersasar. Seminar ini juga dijangka menggalakkan perkongsian ilmu antara penyelidik dan pemegang taruh, di samping membuka ruang kepada penterjemahan hasil kajian kepada cadangan tindakan yang lebih praktikal melalui pendekatan berasaskan bukti.Seminar Hasil GP LPPKN 2025juga diharapkan menjadi medan penting untuk memastikan hasil penyelidikan yang telah dilaksanakan tidak terhenti sebagai laporan semata-mata, sebaliknya dapat dimanfaatkan sebagai input strategik dalam memperkukuh dasar, program dan perkhidmatan LPPKN demi kesejahteraan keluarga dan pembangunan penduduk negara

Related Posts

Downloads

Newsletter Subscribe

Subscription Form

Portal Satisfaction Survey

Portal Satisfaction Survey