On this page

Hari Penduduk Sedunia 2025

Β 

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menganjurkan Sambutan Hari Penduduk Sedunia 2025 sebagai platform advokasi dan wacana kependudukan negara. Sambutan ini menjadi medan penting untuk meningkatkan kefahaman masyarakat dan pihak berkepentingan terhadap perubahan demografi serta implikasinya kepada pembangunan keluarga, kesejahteraan rakyat dan masa depan negara.

Bagi tahun 2025, sambutan ini memberi tumpuan kepada temaΒ β€œMemperkasa Golongan Muda untuk Membentuk Keluarga yang Mereka Inginkan dalam Dunia yang Adil dan Penuh Harapan”. Tema ini mengangkat kepentingan suara dan aspirasi generasi muda dalam menentukan hala tuju kehidupan berkeluarga, termasuk aspek perkahwinan, perancangan keluarga, kesihatan reproduktif, keseimbangan kerjaya dan kehidupan serta sokongan persekitaran yang membolehkan mereka membuat keputusan dengan yakin dan bermaklumat.

Majlis sambutan ini telah disempurnakan olehΒ YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang hadir mewakiliΒ YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Program ini turut menyaksikan pelancaran laporanΒ State of World Population 2025Β terbitanΒ United Nations Population Fund (UNFPA)Β bertajukΒ β€œThe Real Fertility Crisis: The Pursuit of Reproductive Agency in a Changing World”, yang mengetengahkan isu kesuburan global melalui lensa pilihan reproduktif, sokongan keluarga dan keupayaan individu untuk membuat keputusan berkaitan kehidupan berkeluarga.

Pengisian utama sambutan ini ialah forum kependudukan yang menghimpunkan wakil kerajaan, agensi teknikal, badan antarabangsa, ahli akademik dan rakan strategik. Forum ini dipengerusikan olehΒ YBrs. Tuan Haji Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN, dengan barisan panel terdiri daripadaΒ YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia, danΒ YBrs. Dr. Vilashini Somiah, Pensyarah Kanan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Perbincangan forum telah membuka ruang kepada perkongsian data, pandangan dasar dan cadangan penyelesaian terhadap cabaran kependudukan semasa, khususnya berkaitan penurunan kesuburan, perubahan struktur keluarga, kesejahteraan generasi muda dan keperluan membina dasar yang lebih responsif terhadap realiti kehidupan rakyat.

Hasil daripada sambutan ini, LPPKN berjaya memperkukuh kesedaran bahawa isu kependudukan bukan sekadar soal pertambahan atau penurunan bilangan penduduk, tetapi berkait rapat dengan pilihan hidup, sokongan keluarga, peluang ekonomi dan kualiti hidup rakyat. Program ini juga memperkukuh kerjasama rentas agensi serta menyediakan input penting kepada perancangan dasar, penyelidikan dan pelaksanaan program kekeluargaan yang lebih inklusif, berasaskan bukti dan berpaksikan keperluan generasi masa kini.

Sambutan Hari Penduduk Sedunia 2025 menegaskan peranan strategik LPPKN dalam menerajui advokasi kependudukan negara. Melalui pendekatan yang berfokus kepada generasi muda, sambutan ini memberi mesej jelas bahawa masa depan demografi Malaysia perlu dibina melalui dasar yang menyokong pilihan keluarga, memperkukuh kesejahteraan dan memastikan tiada kumpulan masyarakat yang terpinggir dalam arus pembangunan negara.

Sambutan Hari Penduduk Sedunia 2025

Related Posts

Newsletter Subscribe

Subscription Form

Portal Satisfaction Survey

Portal Satisfaction Survey