KUALA LUMPUR β Kerajaan akan terus memperkukuh ekosistem mesra keluarga bagi membantu golongan muda merealisasikan impian untuk berkahwin, membina keluarga dan memiliki anak meskipun berdepan pelbagai cabaran ekonomi serta kos sara hidup.
Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Sambutan Hari Penduduk Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 bagi mewakili Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, hari ini.
Menurut Rohani, walaupun kadar kesuburan dunia menunjukkan trend penurunan, golongan muda masih meletakkan institusi keluarga sebagai matlamat utama dalam kehidupan.
βGolongan muda tidak menolak perkahwinan atau keibubapaan. Mereka masih mengimpikan sebuah keluarga, namun berdepan cabaran ekonomi, peluang pekerjaan, kos sara hidup, perumahan serta masalah kesuburan yang menyukarkan impian itu direalisasikan,β katanya dalam Sambutan Hari Penduduk Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026.
Beliau berkata, tinjauanΒ UNFPA Demographic Futures Survey 2026Β yang melibatkan lebih 100,000 responden di 73 negara mendapati, hampir 90 peratus golongan muda masih mahu mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak, manakala lebih dua pertiga berhasrat untuk berkahwin atau hidup bersama pasangan.
Wakil Penolong Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA), Tengku Aira Tengku Razif berkata, dapatan kajian pendapat awam dan tinjauan UNFPA itu menunjukkan golongan muda masih berhasrat membina keluarga, namun mereka memerlukan ekosistem yang lebih menyokong.
Katanya lagi, kadar kesuburan keseluruhanΒ βTotal Fertility RateβΒ (TFR) Malaysia kini berada pada paras 1.6 peratus, iaitu di bawah kadar penggantian penduduk 2.1 peratus.
βNamun, keadaan ini bukan hanya berlaku di Malaysia, malah merupakan trend global misalnya Korea Selatan yang merekodkan kadar kesuburan jauh lebih rendah iaitu 0.9 peratus,β katanya dalam sebuah sidang media di Hari Sambutan Penduduk Peringkat Kebangsaan 2026.
Trend sama turut direkodkan di Malaysia apabila Kaji Selidik Persepsi Awam LPPKN mendapati 90.9 peratus responden bujang berhasrat untuk berkahwin, manakala 91.1 peratus mahu memiliki anak pada masa depan.
Dalam kalangan pasangan yang telah berkahwin pula, seramai 33.8 peratus masih berhasrat menambah cahaya mata dengan purata saiz keluarga yang diinginkan ialah 2.8 orang anak.
Bagaimanapun, sebanyak 17.6 peratus responden mengakui gagal mencapai bilangan anak yang diinginkan berikutan kekangan pendapatan isi rumah, peningkatan kos sara hidup, tekanan pekerjaan, masalah kesuburan dan faktor kesihatan.
Bagi menangani cabaran itu, kerajaan terus memperkukuh pelaksanaan Dasar KASIH Keluarga Negara serta Pelan Tindakan Keluarga Negara 2026-2030 yang memberi tumpuan kepada pemerkasaan institusi keluarga sepanjang kitaran kehidupan.Β
Sumber:Malaysia Gazette


