Malaysia Population Research Hub

No Image Available

Report on Malaysian Family Well – Being Index 2019

 Author: National Population and Family Development Board  Category: Report4  Publisher: National Population and Family Development Board  Publish: 2020  Pages: 88  Language: English
 Description:

Bagi meneruskan pemantauan tahap kesejahteraan keluarga Malaysia,LPPKN telah melaksanakan siri ketiga Kajian IKK pada tahun 2019. Secara keseluruhannya, skor IKK 2019 berada pada tahap sederhana iaitu 7.72 daripada skala maksimum 10. Skor IKK 2019 telah menunjukkan peningkatan berbanding skor IKK 2016.

IKK 2019 mengekalkan kesemua lapan domain yang digunapakai semasa IKK 2016 dengan menambah baik beberapa item dalam domain-domain tertentu. Terdapat tiga domain yang mencatatkan skor melebihi 8.0 iaitu iaitu Domain Hubungan Kekeluargaan, Domain Keluarga, Peranan Agama dan Amalan Kerohanian, dan Domain Keluarga dan Keterlibatan Komuniti. IKK 2019 merekodkan tiga domain mencapai skor melebihi 8.0 berbanding hanya satu domain semasa IKK 2016.

Hasil IKK menjadi input dan rujukan penting kepada para penggubal dasar, perancang dan pengurus program dalam merangka pelan pembangunan dan program intervensi sosial yang berteraskan kekeluargaan, bertepatan dengan salah satu teras strategik Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) iaitu memperkukuhkan inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama.

 Back