Fertility at The Crossroad-Children Now, Later or Never

Pada masa kini, isu penurunan kadar kesuburan menjadi satu isu global, bukan sahaja dalam kalangan negara maju bahkan di negara membangun. Kebanyakan negara telah mengalami penurunan kesuburan sejak tahun 1970an. Unjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan kebanyakan negara di rantau Asia Pasifik akan mengalami penurunan kadar kesuburan jumlah (KKJ) sehingga tahun 2015-2030 (Jadual 1.1). Negara seperti China, Jepun dan Singapura telah mencapai KKJ di bawah paras penggantian sejak beberapa dekad yang lalu. Pembangunan sosio ekonomi yang pesat di Malaysia sejak lebih lima dekad lalu telah mengakibatkan penurunan kelahiran dan kematian serta peningkatan penghijrahan. Malaysia kini berada dalam fasa kedua transisi demografi di mana kadar kesuburan semakin menurun manakala peratusan penduduk tua semakin meningkat. Penurunan dalam kadar mortaliti dan kesuburan yang berkait rapat dengan peningkatan taraf kualiti hidup memberi impak yang besar kepada pertumbuhan dan saiz penduduk Malaysia.

Read More

You must log in to read the rest of this article. Please log in or click REGISTER to subscribe as a user.