Laporan Kajian Pekerja Indonesia di Bahagian Tawau, Sabah

Data and Resources :

  1. Laporan Kajian Pekerja Indonesia di Bahagian Tawau, Sabah.pdf
  2. Data Kajian Migran Indonesia.sav
  3. Soal Selidik Kajian Migran Indonesia di Tawau Sabah – Pekerja
    Indonesia.pdf
  4. Soal Selidik Kajian Migran Indonesia di Tawau Sabah – Perspektif
    Majikan.pdf
  5. Soal Selidik Kajian Migran Indonesia di Tawau Sabah – Perspektif
    Penduduk Tempatan.pdf
  6. Testing

Metadata:

Source

National Population and Family Development Board (LPPKN)

Contributor

LPPKN

Date of Dataset

March 01, 2012

Expected Update Frequency

Location

Malaysia

Visibility

Public

Summary

Pada tahun 2009, Lembaga Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah melaksanakan Kajian Pelan Strategik Kependudukan Kedua (KPSK-2) yang mengambil kira dasar-dasar baru yang berkaitan dan senario demografi dan keluarga serta perubahan yang berlaku dalam tempoh satu setengah dekad yang lepas. Salah satu komponen yang terdapat dalam kajian ini adalah berkenaan migrasi antarabangsa. Hasil daripada KPSK-2 dan beberapa tinjauan khusus yang telah dilakukan di Sabah, didapati kehadiran pekerja asing dengan jumlah yang besar di Sabah telah mengakibatkan tekanan kepada perkhidmatan asas sosial terutamanya dari aspek kesihatan dan pendidikan. Selain itu, ia juga turut memberikan tekanan serta kebimbangan dari segi keselamatan dan politik.

 

Sehubungan itu, pada tahun 2010, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui LPPKN telah menjalankan Kajian Pekerja Indonesia di Bahagian Tawau, Sabah bagi mengumpulkan maklumat secara serentak daripada pelbagai kategori responden yang terdiri daripada pekerja Indonesia, penduduk tempatan dan majikan yang menggunakan khidmat pekerja Indonesia. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengumpulkan maklumat sosio- demografi pekerja Indonesia, faktor kemasukan, penglibatan mengikut sektor dan jenis pekerjaan, impak kemasukan terhadap penduduk tempatan dan cadangan pendekatan atau langkah yang sesuai untuk pengurusan dan pengawalan pekerja Indonesia di negara ini.

 

Findings

Hasil temubual yang dijalankan terhadap pekerja Indonesia, didapati dua faktor utama penghijrahan mereka ke Sabah adalah untuk mencari pekerjaan dan pendapatan yang lebih tinggi. Di samping itu, faktor penghijrahan bukan ekonomi seperti geografi yang strategik, kehadiran keluarga atau saudara mara dan persamaan agama serta budaya turut mempengaruhi penghijrahan mereka ke sini. Hasil temubual bersama penduduk tempatan pula mendapati kebanyakan mereka berpendapat bahawa penghijrahan pekerja Indonesia ke sini adalah disebabkan oleh faktor kedudukan Tawau yang terletak berdekatan dengan Indonesia dan mengikut jejak langkah saudara mara atau rakan yang telah atau pernah bekerja di sini. Selain itu, ia turut dipengaruhi oleh kadar pengangguran yang tinggi di negara asal mereka dan peluang pekerjaan yang lebih terbuka luas di sini.

 

Hasil temubual terhadap majikan yang menggunakan khidmat pekerja Indonesia, didapati sebab utama mereka cenderung untuk mengambil pekerja Indonesia bekerja adalah kerana sikap penduduk tempatan yang terlalu memilih kerja. Selain itu, terdapat juga majikan yang berpendapat bahawa pekerja Indonesia adalah lebih rajin daripada penduduk tempatan. Antara faktor lain adalah kerana kadar upah dan gaji pekerja Indonesia yang jauh lebih murah daripada penduduk tempatan. Namun begitu, sebahagian besar majikan menyatakan kesediaan mereka untuk mengambil penduduk tempatan bekerja berbanding pekerja Indonesia sekiranya terdapat kekosongan pekerjaan.

 

Caveats / Comments

 

Tags

Migration; Sabah; Tawau; Indonesia